Biodata Penuh Juri Gegar Vaganza Ramli MS (Tok Ram)



Datuk Ramli M.S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.
Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, adalah seorang maestro muzik kelahiran Geylang,Singapura yang mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.
Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik di mana ia adalah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan