Setelah Didesak Masuk Semula Dalam Gegar Vaganza Inlah Komen Elly Mazlein Yang Membuat Ramai Terkejut

0
COM


PENYANYI, Elly Mazlein. - Foto Muhammad Sulaiman SHAH ALAM: Bukan saja nekad menarik diri, penyanyi Elly Mazlein, 36, turut menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja, Datuk Seri Vida. 

Musim lalu, Datuk Sri Vida menggunakan kuasa imuniti dimilikinya untuk mengekalkan Acong apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian popular terbabit. 

Menurut pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini, beliau reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni.

 "Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. 

"Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini," katanya ketika ditemui selepas program GV3 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi. 

Terdahulu, sebaik saja program GV3 berakhir, penaja platinum, Datuk Seri Vida menerusi media sosial miliknya ada memaparkan sesi beliau memujuk si pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan supaya tidak terus terasa hati dengan komen dilemparkan dan mengharapkan Elly menarik balik keputusannya untuk mengundurkan diri daripada program berkenaan. 

Malah, pengusaha produk kecantikan terkenal itu turut menyifatkan Elly sebagai ratu dan penyeri program terbabit. Keputusan drastik Elly untuk mengundurkan diri dalam program berkenaan timbul selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen dilemparkan juri, Datuk Ramli MS, yang mengaitkannya dengan isu ihsan atau belas simpati sebaik saja beliau selesai menyampaikan lagu tugasan berjudul Jangan Menangis Sayang bersama Acong. Dengan ketiadaan Elly, rancangan itu kini menyaksikan saingan di kalangan sembilan lagi peserta yang tinggal iaitu Gmie Screen, Ameng, Shidi Data, Zarul, Intan Sarafina, Nora, Zue Eda, Azharina dan Siti Sarah.

Sumber : Berita Harian

Biodata Penuh Juri Gegar Vaganza Ramli MS (Tok Ram)

0
COM


Datuk Ramli M.S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.
Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, adalah seorang maestro muzik kelahiran Geylang,Singapura yang mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.
Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik di mana ia adalah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.

Biodata Penuh Peserta Gegar Vaganza Elly Mazlein Yang Tersingkir Semalam.. Rupa-Rupanya Elly Mazlein Bukan Calang-Calang Orang

0
COM

NAMA PENUH : SHARIFAH AIDA MAZLINA BT SYED HANAFI TARIKH LAHIR : 17 DISEMBER 1980 TEMPAT LAHIR : SLIM RIVER, PERAK ZODIAK : SAGITTARIUS HOBI : BERENANG & MENGHIAS RUMAH PENDIDIKAN : S.M AHMAD BUSTAMAN, TMN MALURI MUZIK KEGEMARAN : BALADA & IRAMA MELAYU ASLI RANCANGAN KEGEMARAN : MTV & CHANNEL V FESYEN PILIHAN : SIMPLE, ELEGANT & UP-TO-DATE WARNA KEGEMARAN : BIRU, MERAH JAMBU, HITAM & PUTIH MINUMAN KEGEMARAN : MILO MAKANAN KEGEMARAN : MAKANAN LAUT PENYANYI PUJAAN : SHARIFAH AINI & JENNIFER LOPEZ PELAKON PUJAAN : JALALUDIN HASSAN ADIK BERADIK : 3 (BONGSU) ALBUM : 1997 - SUTERA KASIH 1999 - SATU PERSATU 2001 - ELLY 2001 - MTV KARAOKE ELLY MAZLEIN 2002 - BEST OF ELLY MAZLEIN 2003 - ATAS NAMA CINTA

Dok Drama Kehidupan (Elly Mazlein) Je Dekat Atas Pentas Kita Bukan Nak Tengok Drama - Ogy Ahmad Daud

1
COM


Perjuangan Elly Mazlein dalam program Gegar Vaganza 3 semalam terhenti apabila diumumkan tersingkir di akhir rancangan. Rata-rata peminat Elly Mazlein nyata tidak berpuas hati dengan penyingkiran tersebut dan meminta pihak Astro memasukkan semula penyanyi kesayangan mereka.
Namun disebalik berita penyingkiran itu ada sesuatu yang hangat diperkatakan netizen. Elly Mazlein mengakui meminta untuk menarik diri daripada pihak Astro.
Bertambah kecoh apabila seorang artis senior meninggalkan komen tentang penyingkiran Elly Mazlein ini. Habis kena hentam dengan netizen!

Memang dia patut keluar – Ogy

ohbulanogyelly1
Pada mulanya Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy memuatnaik foto memuji persembahan salah seorang peserta Gegar Vaganza.
Ogy sempat berbalas komen dengan peminatnya namun semua jadi ‘huru-hara’ bila dia berbicara tentang Elly Mazlein dengan pengikutnya.

Dihentam netizen

ohbulanogyelly2
Netizen yang tidak berpuas hati dengan komen Ogy bertindak menyerang artis senior itu beramai-ramai. Pelbagai pendapat dan pandangan diluahkan. Al maklum lah masing-masing tak berpuas hati dengan penyingkiran Elly yang dilaporkan terasa hati dengan Datuk Ramli MS

Berhak tulis apa sahaja – Ogy

ohbulanogyelly3
Namun tak kurang juga ada yang menyokong kata-kata Ogy. Ogy juga sempat meninggalkan pesanan bahawa dia berhak menulis apa sahaja di akaun Instagram miliknya.
Sementara itu di Twitter pula ramai memberitahu tidak lagi dapat melihat Instagram Ogy kerana telah di’block’. Nasib korang lah!
Sumber : Ogy Ahmad Daud & http://www.ohbulan.com/

Inilah Komen Tok Ram Yang Buat Elly Mazlein Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

2
COM


Setelah selesai Elly berduet dengan Achong inilah dialog antara Elly dan Tok Ram

Tok Ram: Elly kamu ni ada satu benda peminat suka kamu yaitu jiwa kamu semasa menyanyi
Elly: Terima Kasih Datok
Tok Ram: Belum habis lagi! kamu ni jiwa melebihi teknikal kamu
Elly: Terima Kasih Datok
Tok Ram : But lagu kamu yang dapat kamu dapat jiwai so teknikal tu tengok atas ihsan kitaorang (para juri)

Baca lagi : Dok Drama Kehidupan (Elly Mazlein) Je Dekat Atas Pentas Kita Bukan Nak Tengok Drama - Ogy Ahmad Daud

Giliran Dato Vida Pula Tampil Dedahkan Kenapa Elly Mazlein Tersingkir Di Gegar Vaganza

0
COM


Elly Mazlein merajuk dengan Tok Ram rupanya huhu




Akhirnya Jihan Buka Mulut Dedah Cerita Sebenar Kenapa Elly Mazlein Tersingkir Di Gegar Vaganza Malam Ini

0
COM





Baca lagi : Giliran Dato Vida Pula Tampil Dedahkan Kenapa Elly Mazlein Tersingkir Di Gegar Vaganza